KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga akhir tahun ini akibat penutupan sekolah.
Menterinya, Datuk Radzi Jidin berkata, KPM turut memberi penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.
"KPM juga memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha kantin serta penyewa premis/ruang (kedai buku/koperasi/kedai dobi/vending machine) yang terjejas akibat penutupan sekolah bawah KPM," katanya dalam satu kenyataan yang dipaparkan di akaun Facebooknya, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM memahami kesukaran dihadapi penyedia perkhidmatan, khususnya kontraktor perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di institusi bawah KPM akibat PKP.
"Justeru itu, kontraktor perkhidmatan KBK akan dibayar sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak dan tidak timbul isu kontraktor perlu memotong gaji pekerja KBK.
"Bagi perkhidmatan BMB pula, KPM akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP.
"KPM yakin inisiatif ini dapat membantu meringankan beban kewangan penyedia perkhidmatan di institusi bawah KPM serta pekerja terlibat yang terkesan akibat pandemik COVID-19," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sun Jul 04 2021
Radzi berkata KPM beri penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal. -Gambar fail
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu
Ia sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.